Saturday, April 19, 2008

MECOMIN 500mcg

Mecomin adalah sejenis persediaan oral yang digunakan untuk rawatan penyakit sistem saraf pinggir ataupun peripheral neuropathies.

Mecomin mengandungi mecobalamin, iaitu sejenis vitamin B12-coenzyme yang sedia ada di dalan sistem darah dan bendalir cerebrospinal kita; ianya akan diserap secara aktif oleh tisu-tisu saraf kita jika berbanding dengan vitamin B12 yang biasa.

Dari segi sudut biokimia, Mecomin mempercepatkan metabolik asid nukleik, protein, dan lemak badan melalui tindakbalas khasnya;dengan tindakbalas ini, ianya akan memperbaiki tisu-tisu saraf yang terjejas atau cedera.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa mecobalamin adalah sangat berkesan dalam rawatan simptom kebas, kesakitan, dan lumpuh yang berasal daripada penyakit sistem saraf pinggir. Punca kepada penyakit sistem saraf pinggir adalah penyakit kencing manis dan penyakit saraf sendiri yang disebut polyneuritis(pelbagai saraf cedera).

Dos ubat yang dicadangkan ialah 3 tablet sehari iaitu 1 biji 3 kali sehari, dos ubat boleh dikurangkan sekiranya simptomnya telah reda. Tempoh rawatan selalunya 2 hingga 3 bulan. Sekiranya tidak hilang simptom selepas tempoh ini, sila rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut.